Free Counter | DiseƱo Web
terima kasih sudi singgah:) jangan lupa dtg lagi ye ?

Siapa Aku

My photo
Aku bukannya Blogger yang hebat tidak juga penulis yang punya banyak ilmu. Sekadar untuk berhibur....... Aku cuma seorang isteri kepada seorang suami yang penyayang dan ibu kepada 3 dara dan seorang teruna yang senantiasa kekal di sanubari...

Thursday, September 30, 2010

2035.. SEMPAT LAGI KE NI??

Panggilan Haji... telah tiba lagi...menunaikan ibadah..~~

Bila musim Haji je... lagu ni mesti berkumandang di TV dan radio. Aku suka dengar lagu ni. Macam ada aura yang memanggil-manggil untuk kesana. Setiap bulan gaji ku dipotong untuk dimasukkan kedalam akaun tabung haji. Mestilah ada niat untuk menunaikan haji kan?

Bulan lepas, anak keduaku, (nurul nadzirah) dikehendaki oleh pihak Universitinya membuat Final Project sebanyak RM450.00 "kesian mama kakak, orang lain tiap tahun pergi tabung haji beratur nak simpan duit untuk ke Mekah, tapi mama hujung tahun pergi tabung haji beratur keluarkan duit nak beli buku untuk anak-anaklah, bayar yuran kemasukkan ke Universiti lah, sekarang mama terpaksa keluarkan duit untuk Final Project kakak. Nanti kalau kakak dah kerja, ada duit, kakak hantar mama dan abah ke Mekah ye?"

"Mama tak kisah kak, janji kakak adik-beradik belajar. Kalau untuk pelajaran tak pe.. Yang penting belajar rajin-rajin. Bila dah dapat kerja bagus, gaji pun bagus. Apa nak semua dapat...bla.. bla... bla.. nasihat panjang entah berapa ela.

Sebagai ibu, terharu lah juga bila anak dah pandai berfikir macam tu. Bukanlah aku mengharap apa-apa dari anak-anak. Tetapi setiap ibu didunia ni mesti mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Tak putus-putus memikirkan masa depan mereka. Bila telah melahirkan anak, bersyukur kerana terbukti si ibu adalah seorang isteri yang sempurna. Ditatang bayi bagai minyak yang penuh. Kemudian dihantar kesekolah supaya menjadi seorang anak yang bijak dan baik akhlak. Menaruh harapan yang tinggi untuk anak kemenara gading. Tak putus-putus pula mendoakan anak mendapat jodoh yang baik dan seterusnya membina kebahagiaan rumah tangga. Dipanjatkan juga doa agar mendapat zuriat yang baik. Aku pasti ini lah perasaan yang ada dalam hati setiap ibu. Dan aku tidak terkecuali.

Berbalik cerita Panggilan Haji. Pagi tadi aku dan En. Abang ke Lembaga Tabung Haji di Maju Junction untuk mendaftar Haji. Syukur Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Pada waktu itu angka giliran kami yang ketiga.

Peraturan untuk mendaftar haji:

1. Mesti ada akaun tabung haji
2. Mesti ada sekurang-kurangnya RM1,300.00 dalam akaun (yang akan dibekukan)
3. Dibenarkan membuat surat rayuan jika hendak menunaikan haji awal dari tarikh yang telah ditetapkan dalam system.

Penutup cerita:
"Bila kami dijangka pergi?"
Sambil tersenyum lembut "Dalam sistem kami, pada tahun 2035, tapi boleh merayu"
Kalau lah mengikut pada sistem Lembaga Tabung Haji, 2035 - 2010 = (25 tahun lagi). Masa tu umur aku dah 74 tahun. Larat lagi ke nenek ni?????? Insyaallah.....

2 comments: