Semasa keputusan UPSR diumumkan tahun ni... degupan jantungku tidak seperti tahun lalu.. berdegup kuat menanti keputusan UPSR Qistina. Berdebar mengalahkan masa akad nikah kami 25 tahun dulu. Ha ha.. sempat pulak mengimbau kenangan manis...
Semalam ketika membaca buku koleksi Qistina "A Diary Of A Wimpy Kids", teringat masa Qistina sekolah tadika dulu. Biasanya kami akan memberi ganjaran kepada anak-anak yang mendapat no. 1, 2 dan 3 dalam kelas. Satu hari tu, Qistina berlari keriangan mendapatkan kami yang baru pulang dari kerja.
Qistina - Abah, adik nak tiga basikal. Satu kat rumah kita, satu kat rumah atok, satu lagi kat rumah opah.
Abah - Kenapa adik nak 3 basikal?
Qistina - Sebab adik dapat no. 3. Kalau no. 1, satu basikal, kalau no. 2, 2 basikal, adik dapat no. 3, 3 basikal la...
Abah/Mama - Oooo... bagus. Pandai adik. Tanhniah. (Kami pun
shake hand dengan Qistina dan memeluk serta mencium kedua belah pipinya) Tapi.. tak kan adik sampai nak 3 basikal kot... 1 cukup la.. jom kita beli sekarang..
Adik tersenyum simpul... mungkin dah berangan nak berbasikal keliling kampung tunjuk dengan kawan-kawan dia ada basikal yang ada loceng (itu yang adik request).
Kepada ibu bapa dan anak-anak diluar sana, pada yang berjaya meraih 5A, Tahniah! Mesti tertunggu-tungu pulak keputusan untuk ke Asrama Penuh atau ke sekolah yang berasrama. Tetapi kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana Sijil UPSR tidak menjanjikan sebarang pekerjaan untuk masa depan mereka. Aku tidak pernah lagi terbaca atau terdengar sesuatu pekerjaan yang memerlukan Sijil UPSR sebagai kelayakan permohonan. Jadi, teruslah berusaha menebus kegagalan itu bagi menghadapi peperiksaan PMR dan SPM..
Ada juga yang berjaya meraih 5A untuk UPSR tetapi gagal untuk ke menara gading. Kenapa?... kerana untuk melayakkan diri ke menara gading, keputusan SPM yang penting.
Tapi ini tidak bermakna PMR itu tidak penting. Kerana dari keputusan PMR lah anak-anak akan dikategorikan kedalam 2 kelas. Samada Kelas Sastera atau Sains.
Sekarang Qistina dah 13 tahun, tetapi masih lagi duduk dipangkuan abah, masih lagi mahu disuap oleh kakak-kakak dan abang. Tidak jemu-jemu makan masakanku. Masih lagi tidur dalam kamar kami....

No comments:
Post a Comment