Free Counter | DiseƱo Web
terima kasih sudi singgah:) jangan lupa dtg lagi ye ?

Siapa Aku

My photo
Aku bukannya Blogger yang hebat tidak juga penulis yang punya banyak ilmu. Sekadar untuk berhibur....... Aku cuma seorang isteri kepada seorang suami yang penyayang dan ibu kepada 3 dara dan seorang teruna yang senantiasa kekal di sanubari...

Friday, January 14, 2011

UCAPAN TERAKHIR KU BUAT MU

8hb. Januari, 2011


"Eppy bday mah... hari jadi awak kan sama ngan anak kita yayu... semoga tahun ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat awak"


"terima kasih aan dan Allah berkati aan sklg"


"Amin"


14hb. Januari, 2011


"Nak bagi tahu Rahimah JB meninggal dunia pagi tadi. AlFatehah..."


Macam tak percaya sms dari fauziah yang aku terima pagi tadi. Kau tak pernah pun cerita yang kau sakit... sebab tu aku macam tak percaya.. Gambar-gambar kau di Facebook sudah cukup menceritakan kau sihat dan bahagia.


Aku masih ingat lagi 16 tahun yang lalu masa aku melawat Arwah suami kau Md Nor di Hospital, kau peluk aku erat-erat meratapi suamimu yang terlantar sakit. Dan masih segar dalam ingatan ku selepas jenazah dikafankan, kau meratapi pemergiannya seolah-olah kau juga mahu mengikuti jejak nya. Dan mana mungkin aku lupa Mah.... setelah kau pindah ke Johor, kau seperti tiada semangat untuk meneruskan hidup. Setelah puas aku menasihati kau atas permintaan ibu kau, aku tulis surat panjang berjela......kau ingat lagi.......? Aku masih ingat....


Rupa-rupanya itu adalah ucapan terakhirku buat kau Mah dan aku menyesal sangat-sangat sebab tak sempat tunaikan hasrat kau untuk buat REUNION exkpa. Sungguh aku menyesal...


Kalau lah...... aaahhh...perkataan yang singkat tapi membawa seribu makna yang boleh merubah emosi seseorang dalam sesaat.


ALFATEHAH buat Pn. Hjh. Rahimah Othman. Semoga Allah mencucuri Rahmat ketas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.




Friday, January 07, 2011

MY SWEET DREAM GONE WITHOUT YOU



Semalam hujan.... kelmarin hujan .... hari ini pun hujan...

Tidur malam ku terganggu tanpa mu dalam pelukan...
Mimpi manis ku melayang tak karuan
Lena ku hanyut entah kemana tanpa mu
Pulanglah segera mengubat rindu...

Bukan orang lah..... tapi bantal bucuk ni yang ku hantar ke kedai dobi....
Tapi sekarang aku dah ada yang baru. Kecik sikit. Hadiah Hari Jadi yang ke 'tuuut' dari permata hatiku Acun, Yayu, Yana dan Adik. Taraaaa....






Sebenarnya masa kecik-kecik dulu.. aku tak pernah didedahkan dengan istilah bantal bucuk. Mak tak pernah pun mengajar kami untuk ada bantal bucuk. Cuma, apabila masuk ke asrama... aku kena ada bantal bucuk sebab... keadaan asrama yang menyeramkan...yang memaksa aku memeluknya dengan erat sehingga lah sekarang.

Kajian menunjukkan bahawa tabiat tidak mahu berenggang dengan bantal ini dipangil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berpisah dengannya. Bukan sahaja bantal, tetapi ada juga kanak-kanak atau bayi menggunakan napkin atau teddy bear sebagai objek yang boleh menenangkan mereka dan merasakan diri mereka selamat.

Alhamdulillah, apa yang diturunkan oleh mak semasa aku melahirkan anak pertama, berjaya membuatkan keempat-empat orang anakku tidak mempunyai bantal bucuk.
  • Sekurang-kurangnya ada 2 bantal tidur dan 2 bantal peluk untuk selalu ditukar ganti
  • Hendaklah selalu menukar sarung bantal
  • Perbanyakkan sarung bantal dengan gambar-gambar yang menarik minat anak-anak
  • Selalulah menjemur bantal
Insyaallah... anak tidak akan kenal apa itu bantal bucuk.




Tuesday, January 04, 2011

BILA AKU 5 SERIES AYAH DAH 7 SERIES


Semalam 3 Januari hari jadi ayah. Syukur Alhamdulillah aku masih berpeluang mencium tangan ayah. Mencium pipi tua ayah. Merenung seribu pengertian dimata bening ayah.

Ayah seorang askar pencen dan seorang yang kuat dengan disiplin. Kami adik beadik diasuh dengan disiplin tapi tidak lah sampai berkawat macam askar. Walaupun ayah seorang yang tegas, tapi jiwa penyayangnya tetap terserlah.
Ketika aku kecik-kecik dulu aku teringin sangat nak anak patung yang bila didirikan, matanye berkedip dan rambut yang keperangan. Masa tu hujan lebat sangat. Untuk ke perhentian bas, kami terpaksa melalui kedai menjual permainan kanak-kanak. Huh... ada anak patung tu disitu... comelnya. Naluri seorang ayah.. seperti mengerti keinginan kami dua beradik perempuan.
Ayah pun masuk kedalam kedai tu. Dalam hatiku... hmm .. akhirnya dapat jugak. Ayah sibuk tawar menawar dengan taukeh kedai. Tapi... akhirnya ayah ajak kami keluar tanpa anak patung dalam pelukan. Hampa sangat.. Tapi taukeh tu panggil ayah masuk kekedai semula. Cerita punya cerita YES ayah belikan jugak. Masa ayah keluar dari kedai tu setelah tawar menawar, ayah mesti fikir banyak kali untuk belikan 2 anak patung tu. Mungkin masa tu duit ayah tak mencukupi untuk membeli. Tapi waktu tu aku tak terfikir pun segala kemungkinan itu sebab aku hanya seorang anak yang belum mengerti apa itu sebuah kepayahan dan pengorbanan.
Bila terpandangkan koleksi BARBIE anak ku Qistina, kenangan itu segar kembali... tapi.. itu kenangan lalu.... sekarang aku sudah 5o tahun, ayah pulak dah 74 tahun...
Semoga ayah dipanjangkan usia dalam keberkatan Allah swt. Dimurahkan rezeki yang halal. Diberi kesihatan yang baik dan bahagia disamping kami yang senantiasa menyayangi ayah.

Thursday, November 18, 2010

3 BASIKAL UNTUK SEORANG KECIL


Semasa keputusan UPSR diumumkan tahun ni... degupan jantungku tidak seperti tahun lalu.. berdegup kuat menanti keputusan UPSR Qistina. Berdebar mengalahkan masa akad nikah kami 25 tahun dulu. Ha ha.. sempat pulak mengimbau kenangan manis...

Semalam ketika membaca buku koleksi Qistina "A Diary Of A Wimpy Kids", teringat masa Qistina sekolah tadika dulu. Biasanya kami akan memberi ganjaran kepada anak-anak yang mendapat no. 1, 2 dan 3 dalam kelas. Satu hari tu, Qistina berlari keriangan mendapatkan kami yang baru pulang dari kerja.

Qistina - Abah, adik nak tiga basikal. Satu kat rumah kita, satu kat rumah atok, satu lagi kat rumah opah.

Abah - Kenapa adik nak 3 basikal?

Qistina - Sebab adik dapat no. 3. Kalau no. 1, satu basikal, kalau no. 2, 2 basikal, adik dapat no. 3, 3 basikal la...

Abah/Mama - Oooo... bagus. Pandai adik. Tanhniah. (Kami pun
shake hand dengan Qistina dan memeluk serta mencium kedua belah pipinya) Tapi.. tak kan adik sampai nak 3 basikal kot... 1 cukup la.. jom kita beli sekarang..

Adik tersenyum simpul... mungkin dah berangan nak berbasikal keliling kampung tunjuk dengan kawan-kawan dia ada basikal yang ada loceng (itu yang adik request).

Kepada ibu bapa dan anak-anak diluar sana, pada yang berjaya meraih 5A, Tahniah! Mesti tertunggu-tungu pulak keputusan untuk ke Asrama Penuh atau ke sekolah yang berasrama. Tetapi kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana Sijil UPSR tidak menjanjikan sebarang pekerjaan untuk masa depan mereka. Aku tidak pernah lagi terbaca atau terdengar sesuatu pekerjaan yang memerlukan Sijil UPSR sebagai kelayakan permohonan. Jadi, teruslah berusaha menebus kegagalan itu bagi menghadapi peperiksaan PMR dan SPM..

Ada juga yang berjaya meraih 5A untuk UPSR tetapi gagal untuk ke menara gading. Kenapa?... kerana untuk melayakkan diri ke menara gading, keputusan SPM yang penting.

Tapi ini tidak bermakna PMR itu tidak penting. Kerana dari keputusan PMR lah anak-anak akan dikategorikan kedalam 2 kelas. Samada Kelas Sastera atau Sains.

Sekarang Qistina dah 13 tahun, tetapi masih lagi duduk dipangkuan abah, masih lagi mahu disuap oleh kakak-kakak dan abang. Tidak jemu-jemu makan masakanku. Masih lagi tidur dalam kamar kami....

Thursday, September 30, 2010

2035.. SEMPAT LAGI KE NI??

Panggilan Haji... telah tiba lagi...menunaikan ibadah..~~

Bila musim Haji je... lagu ni mesti berkumandang di TV dan radio. Aku suka dengar lagu ni. Macam ada aura yang memanggil-manggil untuk kesana. Setiap bulan gaji ku dipotong untuk dimasukkan kedalam akaun tabung haji. Mestilah ada niat untuk menunaikan haji kan?

Bulan lepas, anak keduaku, (nurul nadzirah) dikehendaki oleh pihak Universitinya membuat Final Project sebanyak RM450.00 "kesian mama kakak, orang lain tiap tahun pergi tabung haji beratur nak simpan duit untuk ke Mekah, tapi mama hujung tahun pergi tabung haji beratur keluarkan duit nak beli buku untuk anak-anaklah, bayar yuran kemasukkan ke Universiti lah, sekarang mama terpaksa keluarkan duit untuk Final Project kakak. Nanti kalau kakak dah kerja, ada duit, kakak hantar mama dan abah ke Mekah ye?"

"Mama tak kisah kak, janji kakak adik-beradik belajar. Kalau untuk pelajaran tak pe.. Yang penting belajar rajin-rajin. Bila dah dapat kerja bagus, gaji pun bagus. Apa nak semua dapat...bla.. bla... bla.. nasihat panjang entah berapa ela.

Sebagai ibu, terharu lah juga bila anak dah pandai berfikir macam tu. Bukanlah aku mengharap apa-apa dari anak-anak. Tetapi setiap ibu didunia ni mesti mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Tak putus-putus memikirkan masa depan mereka. Bila telah melahirkan anak, bersyukur kerana terbukti si ibu adalah seorang isteri yang sempurna. Ditatang bayi bagai minyak yang penuh. Kemudian dihantar kesekolah supaya menjadi seorang anak yang bijak dan baik akhlak. Menaruh harapan yang tinggi untuk anak kemenara gading. Tak putus-putus pula mendoakan anak mendapat jodoh yang baik dan seterusnya membina kebahagiaan rumah tangga. Dipanjatkan juga doa agar mendapat zuriat yang baik. Aku pasti ini lah perasaan yang ada dalam hati setiap ibu. Dan aku tidak terkecuali.

Berbalik cerita Panggilan Haji. Pagi tadi aku dan En. Abang ke Lembaga Tabung Haji di Maju Junction untuk mendaftar Haji. Syukur Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Pada waktu itu angka giliran kami yang ketiga.

Peraturan untuk mendaftar haji:

1. Mesti ada akaun tabung haji
2. Mesti ada sekurang-kurangnya RM1,300.00 dalam akaun (yang akan dibekukan)
3. Dibenarkan membuat surat rayuan jika hendak menunaikan haji awal dari tarikh yang telah ditetapkan dalam system.

Penutup cerita:
"Bila kami dijangka pergi?"
Sambil tersenyum lembut "Dalam sistem kami, pada tahun 2035, tapi boleh merayu"
Kalau lah mengikut pada sistem Lembaga Tabung Haji, 2035 - 2010 = (25 tahun lagi). Masa tu umur aku dah 74 tahun. Larat lagi ke nenek ni?????? Insyaallah.....