Semalam hujan.... kelmarin hujan .... hari ini pun hujan...
Tidur malam ku terganggu tanpa mu dalam pelukan...
Mimpi manis ku melayang tak karuan
Lena ku hanyut entah kemana tanpa mu
Pulanglah segera mengubat rindu...
Tapi sekarang aku dah ada yang baru. Kecik sikit. Hadiah Hari Jadi yang ke 'tuuut' dari permata hatiku Acun, Yayu, Yana dan Adik. Taraaaa....
Sebenarnya masa kecik-kecik dulu.. aku tak pernah didedahkan dengan istilah bantal bucuk. Mak tak pernah pun mengajar kami untuk ada bantal bucuk. Cuma, apabila masuk ke asrama... aku kena ada bantal bucuk sebab... keadaan asrama yang menyeramkan...yang memaksa aku memeluknya dengan erat sehingga lah sekarang.
Kajian menunjukkan bahawa tabiat tidak mahu berenggang dengan bantal ini dipangil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berpisah dengannya. Bukan sahaja bantal, tetapi ada juga kanak-kanak atau bayi menggunakan napkin atau teddy bear sebagai objek yang boleh menenangkan mereka dan merasakan diri mereka selamat.
Alhamdulillah, apa yang diturunkan oleh mak semasa aku melahirkan anak pertama, berjaya membuatkan keempat-empat orang anakku tidak mempunyai bantal bucuk.
- Sekurang-kurangnya ada 2 bantal tidur dan 2 bantal peluk untuk selalu ditukar ganti
- Hendaklah selalu menukar sarung bantal
- Perbanyakkan sarung bantal dengan gambar-gambar yang menarik minat anak-anak
- Selalulah menjemur bantal

No comments:
Post a Comment