8hb. Januari, 2011
"Eppy bday mah... hari jadi awak kan sama ngan anak kita yayu... semoga tahun ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat awak"
"terima kasih aan dan Allah berkati aan sklg"
"Amin"
14hb. Januari, 2011
"Nak bagi tahu Rahimah JB meninggal dunia pagi tadi. AlFatehah..."
Macam tak percaya sms dari fauziah yang aku terima pagi tadi. Kau tak pernah pun cerita yang kau sakit... sebab tu aku macam tak percaya.. Gambar-gambar kau di Facebook sudah cukup menceritakan kau sihat dan bahagia.
Aku masih ingat lagi 16 tahun yang lalu masa aku melawat Arwah suami kau Md Nor di Hospital, kau peluk aku erat-erat meratapi suamimu yang terlantar sakit. Dan masih segar dalam ingatan ku selepas jenazah dikafankan, kau meratapi pemergiannya seolah-olah kau juga mahu mengikuti jejak nya. Dan mana mungkin aku lupa Mah.... setelah kau pindah ke Johor, kau seperti tiada semangat untuk meneruskan hidup. Setelah puas aku menasihati kau atas permintaan ibu kau, aku tulis surat panjang berjela......kau ingat lagi.......? Aku masih ingat....
Rupa-rupanya itu adalah ucapan terakhirku buat kau Mah dan aku menyesal sangat-sangat sebab tak sempat tunaikan hasrat kau untuk buat REUNION exkpa. Sungguh aku menyesal...
Kalau lah...... aaahhh...perkataan yang singkat tapi membawa seribu makna yang boleh merubah emosi seseorang dalam sesaat.
ALFATEHAH buat Pn. Hjh. Rahimah Othman. Semoga Allah mencucuri Rahmat ketas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

No comments:
Post a Comment