Ha!.. cakap pasai Boss. Nak cerita sikit..
Kenapa aku suka Boss aku?
Sebab waktu bekerja aku dari hari Isnin hingga khamis. Bermula jam 9 pagi hingga jam 4 petang. (Jumaat, Sabtu Ahad cutiiii) Ada banyak masa bersama suami dan anak-anak. Yang bestnye, sempat la masak itu ini. Mesti tak percayakan? Betuuuul....
Kenapa aku suka Boss aku?
Aku sudah bekerja di Syarikatnya selama lebih kurang 27 tahun. Lama ek!
Dari anak dara sehinggalah berumah tangga. Dari melahirkan anak pertama sehinggalah anak keempat. Dari naik motor sehinggalah berkereta. Dari anak aku kecil sehinggalah sudah bekerja. Dari muda trang tang tang sehinggalah layak mengeluarkan wang simpanan KWSP. Dah patut pencen tapi Boss aku tak kisahpun. Sporting kan?
Selama 27 tahun tu aku kenal hati budinya. Tapi kan... agak-agak Boss aku kenal tak hati budi aku?.. Sape nak jawap ni?...
Kenapa aku suka Boss aku?
Sebab Boss aku memang seorang yang pemurah dan baik hati. Seorang yang bertolak ansur dan memahami situasi.
Oops! bukan bodek atau nak kipas Boss aku tau. Tak ada gunanya nak bodek atau kipas sebab di Syarikat ini tak ada istilah naik pangkat atau rebut jawatan. Masing-masing dah ada jawatan sendiri. Jadi tak perlu nak kipas mengipas macam di sesetengah organisasi tu. Kalau Boss bagi duit 'profit sharing', mesti sama rata. Adil katanya.
Sekarang ni Boss aku bercuti selama 2 minggu ke London. Aku dan staff lain bercuti selama 2 minggu jugak. Tak... bukan ke London tapi bekerja dari rumah. Beeeest. Mesti ada yang cemburu kan? Nak tau macam mana? Mudah aje....
1. Divertkan call office ke Handphone aku. Message akan ku hantar pada staff yang berkenaan.
2. Segala surat-surat yang diterima di rumah Boss dan office akan diuruskan untuk dihantar ke rumah ku
3. Alam maya memudahkan lagi untuk kita berurusan.
Clik saje dah sampai ke London.Sebenarnya tidak susah bagi seseorang kakitangan untuk memahami Bossnya. Begitu juga Boss dengan kakitangannya kerana sikap tanggung jawap, hormat menghormati, hendaklah dilakukan dua hala dari kedua belah pihak. Ini lah yang membuatkan aku bangga dengan Boss aku.
Yang penting kedua-duanya tidak mengambil kesempatan diatas setiap kebaikan yang diterima.

heheh suka bos anda juga.. sbb kerna dia saya leh lepak ngan mama sy dirumah banyak2... hehehheh
ReplyDelete