Comel kan budak ni? Anak pertama kami, cucu sulung sebelah keluargaku dan juga sebelah keluarga Cik Abang. Sejak lahir dah pandai buat kezutan. Dah lah lahir dirumah. 15 minit tak bersuara. Panic wooo... Kalau di hospital doktor akan tonggengkan baby dan tepuk punggungnya kan? Tau macam mana mak bidan nak buat dia menangis? Disuruhnya Cik Abang mengambil sudu dan tin milo. No.. no.. no.. bukan nak bancuh milo tapi ketuk tin milo dengan sudu ke telinganya. Apa sal ketawa? Betul la... Cik Abang pun mula lah mengetuk tin milo dengan sudu dekat telinganya. Lama jugak laa.. Cik Abang, mak, ayah, mak mertua dan jiran dah mula menangis. Tapi aku tak nangis pun. Mungkin ketika itu keyakinanku sebagai seorang ibu kuat mengatakan Allah melindungi anakku. Alhamdulillah... tangisan pertamanya pada 24hb. November, 1986. Tarikh perkahwinan kami pada 8hb. Disember, 1985. Maknanya ... anak sah lah.
Kepada ibu-ibu diluar sana. Ingat, jangan melahirkan anak dirumah kerana dihospital peralatannya cukup lengkap. Cuma aku je yang takut dengan hospital.
Anak ini kami beri nama Muhammad Nasrun. Oleh kerana semasa kecilnya dia tak pandai menyebut namanya dengan betul, maka lahirlah panggilan ACUN untuk dirinya. Pada usianya 11 tahun, dia buat kezutan lagi. Guru disiplinnya memanggil kami kesekolah. Tau apa yang Acun telah lakukan? Ceritanya begini....
Pada pagi Sabtu tu, Acun ada kokurikum disekolahnya. Acunpun kesekolah lengkap dengan Uniform Pengakap. Selesai kokurikulum, Acun dan 2 orang lagi kawannya pun balik. Dalam perjalanan pulang kerumah, kebetulan lampu 'traffic light' dijalan Hulu Kelang rosak. Wah.. nak tunjuk herolah konon. Dengan ketinggian yang suam-suam kuku, dia pun berdiri ditengah-tengah persimpangan dan mula menahan kereta yang lalu lalang lagak polis trafic. Kebetulan, salah seorang dari gurunya melalui jalan itu dan terperasan lah olehnya akan ketiga-tiga anak murid yang berlagak bagus ni. Nak di pendekkan cerita, pada pagi hari Isnin, Acun dan 2 lagi kawannya dikenakan rotan semasa perhimpunan.
Niat baik tapi cara yang salah...

Niat baik tapi cara yang salah...
No comments:
Post a Comment