Hari tu berat betul hati nak ke pejabat KASTAM di Kelana Jaya. Tapi terpaksa juga sebab dah namanya kerja. Aku kesana mewakili pejabat untuk mendengar ceramah dan mengambil lesen untuk pejabat. Daftar pada jam 9.00 pagi, dijangka selesai jam 12.30. Masa rehat, jam 10.30 pagi aku ambil peluang ini untuk call Qistina (Anak bongsu kami)
adik: tak tau lagi mama tengah tunggu cikgu panggil
mama: kenape lambat sangat?
adik: tak tau.. k mama, nanti adik call
Dalam hati tuhan je yang tau. Waktu rehat habis. Sambung dengar ceramah. Tak fokus sangat. Dalam fikiran berligar-ligar.. berapa lah adik dapat.
Selesai penyerahan Lesen, aku pun call abang. Rupanya abang tak balik kerumah sejak hantar aku kesini. Cian dia. Thank you abang. Demam-demam pun tunggu jugak ye. Dalam kereta terus call Qistina.
mama: dapat berapa adik?
adik: ade la sikit.
mama: cakap la berapa?
adik: mama jangan marah tau. redho je la ye mama.
mama: berapa? (mula la naik suara. mula cuak)
adik:kenapa? mama nak bagi hadiah ya? hahaha.. 4A 1B je..
mama: Alhamdulillah. Tahniah!
adik: terima kasih mama
mama: yang 1B tu nak buat ape?
adik: ok ma, kita jumpa kat rumah.. adik kena berlatih untuk anugerah cemerlang. bye
Tiba di rumah, kakaknya Nadzirah yang menemaninya kesekolah bercerita dengan panjang lebar. Ada yang gembira melompat-lompat riang dan ada juga yang menangis kecewa dengan keputusan masing-masing. Untuk meredakan perasaan mereka Nadzirah pun menyuruh Qistina dan seorang rakan karibnya untuk menunaikan sujud syukur.
Tumbs up for Nur Syasya and Sofwan yang mendapat 5A untuk UPSR!
Begitu juga kepada semua anak-anak diluar sana. Hep hep hooray!

kak an, syukur....
ReplyDeleteTahniah kepada semua anak2 yang telah membuatkan ibu bapa riang gembira.
ReplyDeleteTerima kasih. Harap-harap kegembiraan yang diberi berterusan. Insyaallah. Terima kasih juga kerana sudi melawat blog saya.
ReplyDelete