Free Counter | DiseƱo Web
terima kasih sudi singgah:) jangan lupa dtg lagi ye ?

Siapa Aku

My photo
Aku bukannya Blogger yang hebat tidak juga penulis yang punya banyak ilmu. Sekadar untuk berhibur....... Aku cuma seorang isteri kepada seorang suami yang penyayang dan ibu kepada 3 dara dan seorang teruna yang senantiasa kekal di sanubari...

Thursday, December 17, 2009

ABDULLAH ABAS DALAM KENANGAN

Selesai saje aku emailkan senarai "exkpa staff" kepada yang ada email, baru ada kekuatan untuk buat entri ni. Walaupun dah lama, tapi aku rasa ianya baik untuk kita kenang kembali kebaikan-kebaikan yang telah disumbang oleh seorang kawan yang bernama Abdullah Abas.

Allahyarham meninggal pada 24hb. April, 2009 kerana mengidap sejenis penyakit yang dipanggil "lever cyriosis". Seminggu sebelum beliau meninggal, sempat juga aku, En. Khairuddin, Faisal, Rahman dan Angie melawat Allahyarham di Hospital Selayang. Pada waktu itu Allahyarham tidak sedar tetapi jelas kelihatan sedang melawan kesakitan yang dialami. Ralat juga sebab tak dapat bercerita seperti dahulu.

Masih terdengar-dengar ditelinga satu hari aku call Allahyarham. Kami bertanya khabar dan biasalah bercerita pasal anak-anak. Katanya : Anak aku yang sulung belajar di Universiti ..... Yang kedua pulak belajar di Universiti ..... yang ketiga di Universiti ..... kalau boleh dengan kak Ani kau aku nak hantar ke Universiti. Begitulah Allahyarham, kalau berbual pasti tak kering gusi.

Berita permergiannya aku terima dari Jumali selepas Maghrib. Terpaksa tunggu Cik Abang balik kerja. Call Fauziah Nasir dan kami setuju pergi bersama. Tiba dirumah Allahyarham, kami disambut oleh anak perempuannye dan disana sudah menunggu Jumali, En. Kamal dan Fauziah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment