Mula- mula berpindah ke rumah baru, aku tengok setiap rumah akan membuang sampah dengan banyak tanpa pengecualian...lagi best..setiap hari buang sampah.. Sedihnya, mereka tak mahu mengasingkan antara tin, kaca, kertas dan sisa makanan. Kesihan " Abang Alam Flora " kita.. terpaksa pula tambah kerja dengan mengasingkan benda- benda tu.. huh! besi buruk jangan cerita lah... berlonggok di belakang rumah.. tak pakai pun nak simpan.. buat tukun untuk nyamuk.. bila dah kena denggi mulalah cemas.. salahkan orang lain.. hurmmm mentaliti orang kita.. Tengah duduk- duduk minum kopi dengan jira-jiran... tetiba.. PUF! datang pulak satu idea.. he he heh Segan pulak nak bagi tau idea nih.. mmm tapi tak pe.. kita share2 ek..aku pun mencadangkan pada ahli keluarga and jiran- jiran untuk kumpulkan barang- barang yang boleh dikitar semula dan jualkannya... heheheh (otak business gak aku nih.. hai, duit-duit..)
Alhamdulillah, saranan aku tu mendapat sokongan dari orang-orang sekeliling yang aku sayangi.. Setiap hasil jualan yang dilakukan (5 bulan sekali), akan kami gunakan untuk mengadakan BBQ secara bergotong royong dihalaman rumah ku...Bukan sahaja dapat menyelamatkan alam sekitar..
bahkan mengeratkan lagi hubungan antara kami.. Yang seronoknya, jiran lorong sebelah pun nak joint sama!
Syukur Alhamdulillah..


No comments:
Post a Comment